1. Kewajipan am majikan dan orang-orang yang bekerja sendiri kepada pekerja mereka
- Untuk memastikan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja.
- Mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
- Mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja.
- Mengadakan dan menyelenggara persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja
2. Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain daripada pekerja
mereka
- Tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan dan kesihatan mereka oleh sebab pekerja pengusahaan itu.
- Memberi maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara menjalankan pengusahaan yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan mereka.
3. Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja
- Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
- Untuk bekerjasama dengan majikan atau orang lain dalam menunaikan kewajipan atau kehendak yang dikenakan.
- Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian pelindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.
- Untuk mematuhi arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan
- Kewajipan untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan benda yang diadakan menurut peruntukan tertentu.
- Memberitahu mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan dan siasatan.