AKTA 514 (OSHA 1994)

AKTA 514 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (OSHA 1994)


     1.  Kewajipan am majikan dan orang-orang yang bekerja sendiri kepada pekerja mereka
  • Untuk memastikan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja.
  • Mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
  • Mengadakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja.
  • Mengadakan dan menyelenggara persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja


     2.  Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri kepada orang-orang selain daripada pekerja
          mereka

  • Tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan dan kesihatan mereka oleh sebab pekerja pengusahaan itu.
  • Memberi maklumat yang ditetapkan tentang apa-apa aspek cara menjalankan pengusahaan yang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan mereka.


     3.  Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja

  • Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
  • Untuk bekerjasama dengan majikan atau orang lain dalam menunaikan kewajipan atau kehendak yang dikenakan.
  • Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian pelindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.
  • Untuk mematuhi arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan
  • Kewajipan untuk tidak mengganggu atau menyalahgunakan benda yang diadakan menurut peruntukan tertentu.
  • Memberitahu mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan dan siasatan.