PROSEDUR KESELAMATAN

Keselamatan Am Di Bengkel

Anda Perlu:-
  • Memakai pakaian kemas dan berkasut tutup. Dilarang memakai pakaian longgar,bertali leher, berselipar dan menyimpan rambut panjang.
  • Ambil perhatian sepenuhnya semasa penerangan diberi mengenai peraturan dan langkah-langkah keselamatan.
  • Dikehendaki mengetahui letaknya suis kecemasan dan kotak pertolongan cemas.
  • Tumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang dilakukan.
  • Gunakan alat perlindungan peribadi apabila perlu.
  • Gunakan alat-alat yang berkeadaan baik dan sesuai dengan penggunaannya.
  • Simpan peralatan di tempat yang disediakan.
  • Bersihkan sebarang cecair yang tumpah ke lantai secepat mungkin terutamanya cecair berminyak.
  • Ambil perhatian terhadap bau-bau yang mencurigakan seperti bau gas atau benda terbakar.
  • Jaga semua mesin dan peralatan dengan baik.
  • Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera.
  • Berikan laporan yang lengkap jika terdapat sesuatu kemalangan berlaku bagi mengelakkan daripada ianya berulang.
  • Boleh memberi sebarang cadangan yang baik jika terdapat sesuatu alat atau mesin yang tidak selamat digunakan.
Anda Dilarang:-
  • Dilarang merosakkan sebarang notis amaran yang terdapat di dalam bengkel.
  • Jangan cuba membaiki sesebuah mesin tanpa kebenaran.
  • Tidak dibenarkan sama sekali bermain atau berlari di dalam bengkel.
  • Tidak dibenarkan menggunakan sebarang mesin tanpa kebenaran.
  • Jangan terlalu hampir dengan mesin yang sedang beroperasi.
  • Dilarang merokok di dalam bengkel.
  • Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa melakukan kerja.


Keselamatan Mesin

Anda Perlu:-
  • Fikirkan tentang keselamatan sebelum memulakan kerja.
  • Ketahui dan fahami semua ciri-ciri keselamatan dan arahan menggunakan mesin yang akan digunakan.
  • Baca kesemua notis amaran pada mesin sebelum menggunakannya.
  • Pastikan kedudukan butang kecemasan mesin diketahui.
  • Gunakan 'safety goggle' dan kasut yang sesuai apabila mengendalikan mesin.
  • Matikan suis mesin sepenuhnya sebelum menukar sebarang alat sawat pada mesin atau membetulkan sebarang kerosakan.
  • Jika terdapat sepihan atau tatal, buang dengan menggunakan berus atau kayu, jangan menggunakan tangan.
  • Jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin, hubungi penyelia dengan segera.
Anda Dilarang:-
  • Jangan betulkan mesin apabila ia masih hidup.
  • Jangan memakai pakaian longgar atau jam tangan dan barang kemas semasa mengendalikan mesin.

Peralatan Perlindungan Peribadi (Personel Protective Equipment, PPE)

Peralatan perlindungan peribadi perlulah digunakan bagi mengelakkan sebarang bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan atau kecederaan. Diantara PPE yang sesuai adalah:-