PROSEDUR KECEMASAN

Semasa menanggani sebarang kecemasan, pendekatan anda merupakan antara faktor paling penting. Anda mestilah sentiasa bersikap tenang dan yakin sementara anda menilai situasi dan memberi sebarang rawatan yang perlu. ini akan menenangkan orang lain dan meyakinkan mereka tantang keupayaan anda untuk mengedalikan keadaan.

PENTING!!!
  • Jika terdapat sebarang kecemasan, berikan pertolongan kepada kecederaan kecil, segera laporkan. kepada penyelia. Jika berlaku kecederaan yang besar serahkan kepada penyelia.
  • Jangan mendekati pesakit/mangsa jika ini boleh membahayakan nyawa anda.
  • Berikan rawatan kepada orang yang mengalami kecederaan yang paling teruk terlebih dahulu.
  • Jangan sesekali menggerakkan pesakit/mangsa kecuali jika benar-benar perlu. (Jika nyawanya di dalam bahaya)

Ingat!!!
  • Gunakan akal budi anda
  • Ketahui had anda
  • Jangan terlalu mencuba